Selamat bertemu di ruang blog kali ini. Cikgu pasti kamu pernah bercuti di luar negeri bersama keluarga kamu. Tentu ada pengalaman, kejadian atau perkara-perkara menarik yang berlaku semasa kamu bercuti. Apa kata kamu catatkan pengalaman kamu itu di ruang blog ini?
Sekian daripada Cikgu
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Saya telah bercuti ke London pada tahun 2008. Saya ke sana selama dua minggu. Semasa di sana, saya telah melawat tempat-tempat menarik seperti Taman Kensington di mana mendiang Puteri Diana dikebumikan. Di sana ada sebuah taman permainan yang dinamakan sempena nama beliau. Saya juga telah ke pusat membeli-belah Harrods. Di sana juga ada sudut yang dikhaskan untuk Puteri Diana dan Dodi El-Fayed. Saya juga telah berpeluang menaiki keretapi ke Derbyshire. Itulah kali pertama saya menaiki keretapi sepanjang hidup saya. Jika diberi peluang, tentu saya ingin ke sana lagi.
Saya telah bercuti ke Melaka dan Perak pada 3Disember 2007. Saya ke sana selama 9 hari. Semasa di sana saya telah ke pesta ria, Taman Tema A'Famosa dan rumah nenek/datuk saya. Saya suka hotel di Perak kerana makanan di sana sedappppp! Saya bermain dengan sepupu saya semasa berada di rumah nenek dan datuk. Pada waktu malam saya dan keluarga serta sepupu saya telah makan di sebuah restoran ikan bakar. Makanan di sana juga sangat sedap:)Saya gembira kerana dapat bercuti ke Melaka dan Perak:)
Saya telah pergi ke Tokyo pada minggu lepas.Saya ke sana selama 4 hari.Semasa di sana,saya pergi ke Tokyo Disneyland:)Saya suka di sana kerana di situ ada banyak barang dan saya naik keretapi.Saya berasa seronok di sana.Di sana saya makan di McDonalds.Saya hendak ke sana lagi kerana di situ sejuk dan itu kali pertama saya pergi ke Tokyo.
Saya telah bercuti ke Indonesia pada tahun 2009.Saya ke sana selama satu minggu. Saya telah melawat tempat-tempat menarik seperti Hotli dan taman permainan. Saya juga telah ke pusat membeli-belah. Di sana saya telah membeli baju dan cakera padat. Saya juga telah berpeluang menaiki bas. Saya ingin ke sana lagi kerana saya suka ke sana
Saya telah bercuti ke Kuala Lumpur pada tahun 2010. Saya ke sana selama satu bulan. Semasa di sana,saya telah melawat tempat-tempat menarik seperti Sunway Lagoon,Sunway Pyramid dan Cosmos World. Saya ingin ke sana lagi jika ada peluang.
Post a Comment