Selamat datang ke blog murid-murid P5! Untuk blog kali ini, kamu perlu berkongsi pengalaman menyaksikan satu persembahan budaya yang pernah kamu saksikan. Persembahan itu mungkin kamu saksikan di televisyen atau semasa menghadiri majlis perkahwinan. Apa kata kamu kongsi pengalaman kamu itu dengan rakan-rakan yang lain?
Sekian daripada Cikgu :)
Thursday, January 27, 2011
Pengalaman Bercuti di Luar Negeri
Selamat bertemu di ruang blog kali ini. Cikgu pasti kamu pernah bercuti di luar negeri bersama keluarga kamu. Tentu ada pengalaman, kejadian atau perkara-perkara menarik yang berlaku semasa kamu bercuti. Apa kata kamu catatkan pengalaman kamu itu di ruang blog ini?
Sekian daripada Cikgu
Sekian daripada Cikgu
Tuesday, January 25, 2011
Saya Tahu Menunjukkan Rasa Hormat!
Salam kepada murid-murid Cikgu. Kita berjumpa lagi di ruangan ini. Tajuk blog kali ini ada kaitan dengan cara kita menunujukkan rasa hormat kepada orang-orang di sekeliling kita. Kamu dikehendaki memberikan DUA contoh bagaimana kita boleh menunjukkan rasa hormat terhadap keluarga dan kawan-kawan. Kamu boleh mengimbas kembali apa yang telah kita bincangkan di dalam kelas untuk menyelesaikan blog kali ini.
Sekian daripada Cikgu :)
Sekian daripada Cikgu :)
Sunday, January 16, 2011
Kegiatan Kokurikulum Yang Saya Minati
Murid-murid, dalam jurnal kali ini, Cikgu ingin kamu beri pendapat tentang kegiatan kokurikulum yang kamu minati dan mengapa kamu memilih kegiatan ini. Bagi yang belum ada sebarang kegiatan kokurikulum, jangan bimbang. Berikan pendapat kamu tentang kegiatan kokurikulum yang ingin kamu sertai dan mengapa kamu memilih kegiatan tersebut.
Harap beri perhatian kepada hal-hal berikut:
1) Jaga adab semasa memberi komen (jangan mengutuk atau mengejek komen kawan-kawan).
2) Gunakan bahasa yang sesuai (bahasa pasar seperti tak mau, dia orang, dilarang)
3) Taip nama & kelas kamu setelah memberi komen.
Harap beri perhatian kepada hal-hal berikut:
1) Jaga adab semasa memberi komen (jangan mengutuk atau mengejek komen kawan-kawan).
2) Gunakan bahasa yang sesuai (bahasa pasar seperti tak mau, dia orang, dilarang)
3) Taip nama & kelas kamu setelah memberi komen.
Subscribe to:
Posts (Atom)