Tuesday, July 26, 2011

Sambutan Hari Keharmonian Kaum di Sekolah - P4

Minggu lalu, sekolah kita telah menyambut Hari Keharmonian Kaum. Apakah acara yang menarik bagi diri kamu? Mengapakah kita perlu hidup aman dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa, bahasa dan agama? Apakah akan terjadi kepada negara kita jika berlakunya 'peperangan' antara kaum?

Ayuh, sertakan komen kamu mengenai tajuk ini!

Pranonton Hari Kebangsaan (NE Show)

Hari Sabtu lalu merupakan hari yang bermakna kepada murid-murid Darjah 5 WGPS. Ini kerana kamu semua berpeluang menyaksikan pranonton Hari Kebangsaan. Apa kata kamu catatkan apakah perasaan kamu mengenai pranonton tersebut? Apakah acara-acara yang kamu anggap menarik? Adakah pranonton ini penting untuk memupuk semangat cintakan negara kita?

Bagi diri cikgu sendiri, pengalaman menyaksikan pranonton Hari Kebangsaan pada hari Sabtu lalu, membawa kenangan manis kepada cikgu. Di situlah kumpulan Dikir Barat sekolah kita membuat persembahan pertama mereka untuk Hari Kebangsaan 2009. Selain itu, pranonton ini dapat menyatukan semua rakyat Singapura yang berbilang bangsa, bahasa dan agama supaya kita sama-sama berganding bahu untuk membina sebuah negara yang aman dan maju.

Tuesday, April 12, 2011

Cerita-cerita Klasik

Pernahkah kamu membaca atau menonton cerita-cerita klasik seperti Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir dan Singapura Dilanggar Todak? Apa kata kamu kongsi pengalaman kamu membaca atau menonton cerita-cerita sedemikian? Kamu boleh gunakan 'tips' berikut: Apakah tajuk cerita klasik itu? Apakah yang menarik tentang cerita tersebut? Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut?

Bencana Alam - Apakah Kesannya Kepada Kita?

Baru-baru ini kita terdengar atau terbaca berita tentang gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun. Bagaimanakah perasaan kamu tentang kejadian seperti ini? Apakah yang boleh kita lakukan untuk menolong mangsa-mangsa bencana alam ini?

Adab atau Biadab?

Pernahkah kamu berkunjung ke rumah kawan-kawan semasa hari jadi atau hari raya? Adakah kamu menunjukkan kelakuan yang sopan semasa berada di rumah mereka? Bagaimanakah kamu menunjukkan kelakuan yang sopan? Berikan 1 contoh kelakuan biadab dan 1 contoh kelakuan sopan semasa berada di rumah orang.

Tuesday, February 8, 2011

Selamatkan Bumi Kita!

Bumi kita semakin tua dan lapisan ozon semakin menipis. Ini berlaku kerana pencemaran (pollution) yang dilakukan oleh manusia. Bagaimanakah caranya kita boleh mengurangkan berlakunya pencemaran alam ini? Berikan DUA contoh bagaimana kita boleh menyelamatkan bumi kita ini...

Thursday, January 27, 2011

Satu Persembahan Budaya Yang Pernah Saya Saksikan

Selamat datang ke blog murid-murid P5! Untuk blog kali ini, kamu perlu berkongsi pengalaman menyaksikan satu persembahan budaya yang pernah kamu saksikan. Persembahan itu mungkin kamu saksikan di televisyen atau semasa menghadiri majlis perkahwinan. Apa kata kamu kongsi pengalaman kamu itu dengan rakan-rakan yang lain?

Sekian daripada Cikgu :)